Taklimat Advokasi E – Waste, Check Your Label Dan Online Grooming
8 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mei 2017 bersamaan hari Ahad, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh mengadakan Taklimat Advokasi E-Waste,Check Your dan Taklimat Online Grooming yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Interent 1 Malaysia (PI) Spaoh.
Antara pengisian Advokasi yang telah dijalankan sepanjang program antaranya adalah Taklimat E-Waste kempen kesedaran mengenai cara pelupusan e-sisa secara selamat.Manakala,Taklimat Check Your Label pula memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya menyemak status peranti sebelum memilikinya.Selain itu,diaadakan juga Taklimat Kesedaran Online Grooming dalam kalangan golongan remaja dan slot Tayangan Video Pendek mengenai taklimat yang diberikan,serta sesi soal jawab yang bertujuan meningkatkan pemahaman para peserta tentang konsep dan tujuan utaman setiap taklimat yang diberikan serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Melalui program kesedaran sebegini, ianya dapat mendedahkan kepada para peserta tentang keselamatan, sikap bertanggungjawab serta berwaspada semasa menggunakan internet.Disamping itu juga, program seperti ini juga memberi pendedahan kepada para peserta tentang hak sebagai pengguna dalam pembelian peralatan elektronik seperti telefon mudah alih, serta cara-cara pengurusan bahan buangan barang elektronik yang lebih sistematik, selamat dan mesra alam.Malahan memberi sedikit kesedaran kepada golongan remaja tentang bahaya permasalahan Online @ Cyber Grooming yang berlaku pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: